Labuan Shipyard Sasar Lebih Banyak MoU Dengan Institusi Pengajian
tenaga kerja mahir di dalam industri perkapalan.
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azman Nasir berkata MoU itu akan membolehkan LSE menjalin banyak kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, khususnya di dalam bidang minyak dan gas, marin dan perkapalan, untuk menghantar para pelajar masing-masing menjalani latihan praktikal.
"Latihan penting bagi membolehkan para pelajar mendapat pendedahan di limbungan sebelum mereka memulakan kerja di dalam dunia sebenar," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Mohd Azman berkata pengambilan para pelajar bagi latihan praktikal di LSE akan diteruskan, terutama sekali dari institut latihan perindustrian dan sesetengah daripada mereka menunjukkan prestasi yang baik bagi diserap sebagai pekerja tetap.
Katanya usaha sedang dilaksanakan untuk menarik para wakil dari institusi pengajian tinggi untuk melawat dan menyaksikan sendiri limbungan kapal terbesar di Asia di sini.
Mengenai cadangan anggota Parlimen Labuan untuk mewujudkan satu akademi minyak dan gas bebas, Azman berkata ia baik bagi pembangunan industri minyak dan gas dan perkapalan di sini.
"Terdapat lebih 80 syarikat minyak dan gas tempatan dan asing di sini dan ia masih berhadapan kekurangan tenaga kerja mahir.
"Dengan adanya keupayaan dan kemudahan kami di dalam perkapalan dan fabrikasi, kami boleh menawarkan kemahiran kepada para pelajar teknikal secara khususnya," katanya.
Limbungan itu, yang telah wujud sejak 1972, telah membina rekod pencapaian yang meluas di dalam bidang kejuruteraan dan fabrikasi minyak dan gas, pembinaan kapal, pembaikan kapal dan pembinaan barge kuasa.
LSE juga terlibat secara aktif di dalam pemasangan, melakukan kerja-kerja pemodenan dan penyelenggaran kapal tentera laut.
- Shipbuilding In 2017: Any Signs Of Improvement?
- Keppel in talks with Borr Drilling for rig sales
- Japan’s shipbuilding industry turning corner as orders double
- De Boer/Dutch Dredging and Iskes Towage take delivery of ASD 2310 SD at Dam...
- Chinese shipyard order more TTS cranes
- Kommer Damen opens Damen Area Support China